Friday, 16 December 2011

Minggu 13

Pada minggu ini, saya telah mempelajari sesuatu yang baru iaitu Spreadsheet. Dalam minggu ini, saya telah ditugaskan untuk membuat perbelanjaan tahunan menggunakan Open Office Calc. Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyiapkan tugasan ini, tetapi atas bantuan dan tunjuk ajar rakan-rakan, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Disini,saya akan tunjukkan bagaimana untuk membuat pengiraan perbelanjaan menggunakan open office calc.

1)Buka Open office Calc

2) Buat Jadual
Untuk tugasan ini, saya telah membuat jadual yang mempunyai 10 kolum seperti berikut :












3)Setelah siap membuat jadual tersebut, isikan jumlah wang dalam kolum Baki minggu lepas, Jumlah pendapatan, makanan,pakaian, komunikasi, pengangkutan, dan kesihatan mengikut diri masing-masing. Contohnya seperti di bawah :












4) Untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan, pilih SUM, masukkan kolum makanan, dan tarik sehinnga kolum perbelanjaan yang terakhir iaitu kesihatan dan jumlah pendapatan akan dimasukkan secara automatik.













5) Untuk mengira baki pula, klik pada kolum baki dan pilih SUM. Seteleh itu anda hanya perlu memasukkan formula pengiraan seperti gambar dibawah






Saya telah menggunkan formula seperti =C3+D3-J3. Setelah itu, pengiraan tersebut akan dimasukkan didalam kolum baki secara automatik

.











6)Untuk baki minggu lepas pula, jumlahnya adalah sama dengan baki pada minggu pertama. Untuk memasukkan jumlahnya secara automatik, anda hanya perlu memasukkan formula = baki minggu pertama iaitu K3

7)Setelah selesai memasukkan formula, isikan kolum perbelanjaan seperti biasa.. Dan untuk memasukkan jumlah perbelanjaan, dan baki secara automatik, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengulang step yang telah saya berikan diatas, tetapi anda hanya perlu menarik bucu kotak pada minggu pertama sehingga minggu keempat bagi mendapatkan jumlah yang dikehendaki.














8) Akhir sekali, untuk mencantikkan lagi jadual perbelanjaan anda, anda boleh mewarnakan setiap kolum dengan warna kegemaram masing-masing. Untuk mewarnakan kolum, anda hanya perlu higlightkan kolum tersebut dan pilih background colour mengikut citarasa sendiri.










Ini adalah hasil kerja saya untuk jadual perbelanjaan dengan menggunakan open office calc. Saya telah membuat jadual tersebut untuk bulan januari hingga disember.













Setelah selesai, saya telah memasukkan tugasan ini didalam google docs dan yahoo groups saya.

No comments:

Post a Comment