Minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi kelas Komputer dalam Pendidikan. Dalam minggu ini, kami dikehendaki untuk membuat Database menggunakan Open Office Base..Database ini digunakan untuk menyimpan maklumat pelajar.
Cara membuat Database
1) Buka open office base
2)Di dalam open office base terdapat 4 database iaitu table, queries, form dan report. Pertama sekali. kita perlu mengisi maklumat pada bahagian table. Caranya ialah pilih Table> Create table in design view
Kemudian isikan maklumat bagi table pelajar..Di dalam table tersebut mestilah diletakkan no matrik,nama pelajar, alamat ,tarikh lahir, dan no telefon.
Selepas itu, kita perlu membuat primary key pada no matrik pelajar..Klik kanan>pilih primary key..Maklumat tersebut mestilah disimpan dengan nama PELAJAR
3) Ulangi langkah yang sama untuk Table KELUARGA, KOKURIKULUM dan KURIKULUM
4)Setelah siap keempat-empat table,kita perlu membuat relationship bagi setiap table..Caranya ialah pilih tools> relationship> dan add kesemua table iaitu table pelajar, keluarga, kokurikulum dan kurikulum..kemudian tarik table pelajar ke table keluarga--->kokurikulum ---->kurukulum..anda akan mendapat hasil seperti ini..
5) Langkah yang seterusnya ialah membuat Queries..Pertama pilih queries>use wizard to create queries>kemudian di bahagian table masukkan "table PELAJAR" klik button ">>" dan finish.
Ulangi langkah tersebut untuk table KELUARGA, KOKURIKULUM, dan KURIKULUM.
6) Selepas selesai membuat Queries, kita perlu memasukkan kesemua table tersebut dalam bentuk Forms pula..Caranya ialah pilih Forms> use wizard to create forms> pilih table PELAJAR bagi bahagian table, klik simbol ">>"
Selepas itu, kita boleh memilih untuk menyusun maklumat tersebut dalam susunan yang dikehendaki..Saya telah memilih bentuk tersebut :
Seterusnya pilih apply style untuk menambah warna pada form tersebut..
Dan klik FINISH..Ulangi langkah tersenut untuk table seterusnya..
6) Sekarang. kita perlu mengisi kesemua form tersebut dan save.
7) Setelah selesai, langkah seterusnya ialah membuat report..Caranya ialah pilih report> use wizard to create report > pilih table pelajar> klik simbol ">>" dan choose layout mengikut kesukaan masing-masing dan klik FINISH..
Ulangi langkah tersebut bagi table KEUARGA, KOKURIKULUM dan KURIKULUM..
Akhir sekali, anda akan mendapat hasil seperti berikut :
Untuk melihat hasil tugasan saya dengan lebih lanjut, silalah ke yahoo groups saya..
Yahoo Groups
http://groups.yahoo.com/group/A137574s1k4NorSallizaZakaria-PendidikanKhas/Sekian, saya berharap agar ilmu yang diperolehi melalui kursus Komputer dalam Pendidikan ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya dan akan berguna buat kita di masa hadapan..Insyaallah..
Akhir kata :