Minggu Ketiga dan Keempat..
6 Oktober 2011..
Pada minggu ini kami diarahkan untuk mencari pasangan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi..Setiap pelajar diberi kelonggaran untuk memilih sendiri pasangan dan juga tajuk tugasan yang di berikan..Saya telah memilih untuk menyiapkan tugasan ini bersama Syazwani Sulaiman..Pelbagai tajuk tugasan telah ditetapkan oleh Dr. Siti Fatimah seperti :
> 1. 21st Century Skills
> 2. Thinking skills and ICT
> 3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing)
> 4. Operating System
> 5. Original and licensed software
> 6. Open source Software
> 7. Web 2.0 in education
> 8. E-Learning & Mobile learning
> 9. Netiquette
> 10. Information Literacy
> 11. Computer and Society
Saya dan Syazwani Sulaiman telah memilih tajuk "Computer And Society" ataupun Komputer Dan Masyarakat..Kami telah mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan tersebut di laman-laman web yang berkenaan..Di bawah ini saya sertakan sedikit sebanyak maklumat yang telah diperolehi..
KOMPUTER merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai alat bantu untuk menyimpan,
mengolah, dan mengambil kembali data atau informasi
yang diperlukan. Pada zaman moden ini semakin banyak komputer canggih dibuat
untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah dengan mudah dan cepat. Komputer digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam kehidupan manusia seperti :
1. Perbankan
2. Perniagaan / Perdagangan
3. Industri
4. Pengankutan
5. Perubatan
6. Pendidikan
7. Seni
8. Rekreasi
9. Pertahanan dan Keamanan
10. Komunikasi
Bidang Perbankan
Didalam Bank, komputer digunakan sebagai Sistem Wang
Elektronik (menggunakan ATM, Kad Kredit, Debit Card, dll) untuk
menyimpan data, memproses transaksi dan pembayaran tagihan secara
on-line.
Bidang Perdagangan
Dalam bidang perdagangan,komputer sangat membantu untuk memproses data dalam
jumlah yang banyak seperti di tempat-tempat perbelanjaan untuk
menyimpan hasil transaksi yang terjadi, inventari persediaan (stock)
barang, pembuatan laporan kewangan, faktor, surat-surat, dokumen
dan lain-lain. Selain itu, tunai pembayaran juga dapat dilakukan secara
elektronik dengan menggunakan credit card atau debit card.
Bidang Perindustrian
Komputer digunakan di dalam bidang industri (CAM – Computer
Aided Manufacturing) untuk menghasilkan produktiviti kerja yang
tinggi, mengurangkan biaya dan menangani masalah kekurangan
tenaga kerja. Misalnya, robot diciptakan untuk menjalankan semua
kerja dengan mengikuti arahan yang diberikan melalui komputer seperti
memasang komponen-komponen kereta atau membukanya kembali,
membersihkan minyak dan menyembur cat dalam industri pemasangan
kereta.
Bidang Pengangkutan
Komputer digunakan untuk mengatur lampu lalu lintas. Di
Negara maju kereta dipasang alat navigasi moden untuk menggantikan
mesin melalui penggunaan satelit dan sistem komputer. Jalan raya
juga dipasang dengan berbagai jenis sensor yang akan memberikan
isyarat kepada komputer pusat untuk memudahkan pengendalian jalan
raya tertentu.
Bidang Perubatan
Dalam bidang ini, komputer digunakan untuk
membantu doktor menjalankan tugasnya seperti mendiagnosis penyakit,
menghasilkan gambar sinar-X bergerak (CAT – Computer Axial
Tomography), membantu orang cacat seperti menghasilkan alat
membaca dengan teks khusus bagi orang kelainan upaya. Selain itu ia juga berguna untuk
menyimpan riwayat penyakit pesakit,mengelola persediaan stok ubat-ubatan dan sebagainya..
Bidang Pendidikan
Penggunaan komputer sebagai alat pembelajaran dikenal sebagai
CBE (Computer Based Education). CAI (Computer Assisted Instruction) pula
digunakan para pendidik untuk menyampaikan arahan dalam
pelajaran. Selain itu komputer juga dapat digunakan untuk meyimpan
data-data pendidik dan para murid, bahan-bahan pembelajaran, soalan-soalan ujian
mahupun latihan.
Bidang Seni
Synthesizer kini popular digunakan untuk meniru bunyi alat-alat
musik tradisional seperti bunyi gitar dan piano. Komputer juga
digunakan dalam berbagai proses penciptaan lagu seperti penyusunan
dan rangkaian (sequencing) nada. Grafik komputer merupakan bidang
yang pesat dimajukan kini. Komputer juga telah digunakan untuk
menghasilkan animasi dalam filem-filem kartun dan untuk menghasilkan
"special effects”.
Bidang Penelitian Ilmu Pengetahuan (Science)
Komputer digunakan untuk penyelidikan tenaga nuklear dan
pemprosesan data,serta penyelidikan kawasan minyak. Komputer juga
digunakan untuk penelitian angkasa lepas dan penyelidikan asas dalam
sains dan matematik. Komputer juga digunakan dalam ramalan cuaca
seperti mengambil gambar awan dan dikirim ke bumi. Di bumi para ahli
cuaca akan meramal cuaca pada ketika itu.
Bidang Rekreasi
Komputer digunakan sebagai satu sumber alat rekreasi untuk
orang ramai dimana permainan komputer, permainan arked, permainan
video dan sebagainya mengandungi banyak cip-cip elektronik di
dalamnya. Komputer juga digunakan untuk mengendalikan berbagai jenis alat
rekreasi yang canggih seperti roller coaster.
Bidang Pertahanan dan Keamanan
Komputer juga dicipta untuk tujuan perperangan dalam sistem
senjata, pengendalian dan komunikasi. Kapal perang dan kapal terbang
yang moden dipasang dengan peralatan komputer yang canggih untuk
membantu dalam melakukan navigasi atau serangan yang lebih tepat. Komputer juga digunakan untuk latihan simulasi perperangan bagi calon prajurit untuk mengurangkan biaya.
Bidang Komunikasi
Komputer juga boleh mengirim dan menerima pesan dari komputer yang
lain sampai beribu kilometer jauhnya. Telekomunikasi ialah proses
pertukaran pesan di beberapa sistem komputer atau terminal melalui
alat media seperti telepon, telegraf dan satelit. E-Mail ialah surat
elektronik yang dikirim melalui komputer, salah satu bentuk
komunikasi dengan menggunakan komputer. MODEM
(Modulator/Demodulator) diperlukan untuk menukar pesan komputer
kepada isyarat audio supaya boleh dihantar melalui telefon.
Saya harap maklumat yang diberikan diatas dapat menambahkan lagi pengetahuan rakan-rakan semua..Saya dan Syazwani juga telah bertukar-tukar pandangan tentang tugasan ini di dalam facebookgroup saya.
No comments:
Post a Comment