29 September 2011..
Pada minggu kedua mengikuti kursus tersebut,saya telah didedahkan dengan pelbagai perkara baru..Antaranya ialah mendaftar dan menggunakan pelbagai variasi software Web 2.0 seperti membuat yahoo dan google account,facebook,yahoo groups dan juga facebook groups..
Perkara seperti ini amat baharu bagi diri saya dan kesempatan yang diberikan untuk belajar kursus ini amat bernilai buat diri dan rakan-rakan saya yang lain...
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang telah saya pelajari pada hari tersebut..Pertama sekali,kami telah di arahkan untuk mendaftar akaun yahoo dan google menggunakan nama rasmi..Saya pasti semua rakan-rakan saya telah pun mengetahui cara-caranya bukan?..Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah tentang cara-cara untuk mendaftar yahoo groups kerana saya pasti ini merupakan perkara baru yang saya dan rakan-rakan tempuhi pada hari tersebut..Langkah pertama yang perlu dibuat untuk mendaftar yahoo groups ialah pergi ke laman sesawang yahoo groups dan pilih menu sign up..Setelah itu,pelajar dikehendaki untuk mendaftar menggunakan alamat emel yang rasmi..Kami juga perlu menamakan group tersebut menggunakan nombor matrik,nama penuh beserta dengan program yang diambil..Contohnya seperti yang telah saya daftarkan ini :
Setelah itu,kami juga dikehendaki untuk mendaftar akaun facebook menggunakan nama yang rasmi..Kami juga perlu menambah kenalan yang terdiri daripada tenaga pengajar iaitu Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Pn. Norhafizah Adnan serta rakan-rakan yang mengikuti kursus ge1155S1K4 untuk memudahkan lagi interaksi antara satu sama lain..Pada hari tersebut juga kami diajar untuk membuat facebook group..Facebook group itu juga perlu dinamakan menggunakan nombor matrik setiap pelajar..
Perkara yang paling menarik sekali ialah, kami perlu membuat 'official blog'..Di dalam blog tersebut,kami perlu menceritakan tentang pengalaman dan pengajaran yang telah diperoleh semasa mengikuti kursus komputer dalam pendidikan ini..Disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah saya peroleh..Ianya berkaitan dengan perbezaan diantara yahoo mail dengan dengan yahoo group iaitu :
Perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group
Terdapat beberapa perbezaan antara yahoo mail dan yahoo group.Antaranya ialah,apabila kita menghantar mesej menggunakan yahoo mail,mesej tersebut secara automatik akan dihantar kepada penerima tersebut secara individu.Dengan menggunakan yahoo groups pula,semua mesej yang dihantar akan diterima oleh ahli-ahli dalam sesuatu group tersebut .Selain itu, yahoo mail juga bersifat peribadi iaitu hanya pemilik akaun sahaja yang boleh membaca email-email yang dihantar kepadanya. Berbeza pula dengan yahoo group yang lebih bersifat terbuka.Oleh itu, penggunaan yahoo group amat sesuai untuk tujuan perbincangan,perkongsian maklumat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment