Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat kajian atau mencari seberapa banyak maklumat yang penting untuk menyiapkan assignment..Kami dikehendaki untuk mengkaji tentang "Educational Research Proses"," literature review" dan juga "plagiarism". Saya juga turut didedahkan bagaimana untuk mencari maklumat secara online
menggunakan 1) http://www.ukm.my/library 2) http://www.ezplib.ukm.my/login 3) http://scholar.google.com.my/ 4)http://books.google.com/
Hasil kajian dan pembacaan yang dibuat, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang ilmu yang telah saya peroleh. Pertama sekali saya ingin berkongsi tentang pliagarism...Pliagarism ataupun plagiat ialah meniru,mengambil hak cipta orang lain samada dalam bentuk teks,idea dan sebagainya dan mengaku ianya hasil tangan sendiri..Sesungguhnya aktiviti plagiat ini adalah menyalahi undang-undang.
Setelah itu, saya juga dikehendaki untuk mencari 2 journal daripada UKM dan juga google doc yang berkaitan dengan tajuk assignment saya yang pertama iaitu Komputer dan Masyarakat. Saya juga dikehendaki untuk membuat perbincangan dengan pasangan dan juga rakan - rakan yang lain tentang maklumat yang telah saya perolehi..Setelah itu, saya dan pasangan perlu menyediakan satu laporan menggunakan OpenOffice Writer tentang tajuk yang telah dipilih.. Di bawah ini saya telah sertakan laporan yang telah siap disediakan.
Langkah-Langkah Untuk Mencegah Penyalahgunaan Komputer Dan Teknologi Maklumat
Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena ini bukan hanya membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi seperti remaja, pelajar, pekerja malah tidak terkecuali suri rumah. Pendedahan kepada komputer dan teknologi maklumat (IT) juga telah mewujudkan budaya celik komputer dalam kalangan masyarakat
Tidak dinafikan komputer dan teknologi maklumat (IT) memang membawa banyak manfaatnya dalam kehidupan manusia.. Antara kebaikannya adalah maklumat dapat disalurkan dengan begitu mudah dan cepat untuk digunakan dalam pelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negara di dunia juga menjadi semakin mudah dan ringkas dengan wujudnya e-mel dan 'chat', di mana kos perhubungan begitu murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan penghantaran surat biasa melalui pos. Selain itu, urusan perniagaan dan perbankan juga menjadi semakin mudah dengan pengenalan 'e-banking'. Kini, pelanggan bank tidak perlu bersusah payah beratur di kaunter-kaunter bank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusi Internet. Pembayaran terutamanya golongan belia..bil juga kini dilakukan menerusi Internet dan ini merupakan kemudahan yang paling mendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyata menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini juga menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta web telah dihidupkan. Bermacam-macam-macam maklumat samada benar atau salah, idea, idealogi, propaganda, dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Hal ini amat membimbangkan pelbagai pihak kerana rata-ratanya golongan remaja mahupun kanak-kanak mengambil kesempatan untuk melayari laman web yang tidak bermoral ini.