Tuesday, 22 November 2011

Minggu 7 & 8


Minggu ini agak mencabar kerana saya dan pasangan diminta untuk membuat satu laporan tentang soal selidik yang telah dijalankan menggunakan SPSS iaitu Statistical Package for Social Science untuk memudahkan lagi kami untuk membuat laporan untuk assignment 5.

Pertama sekali untuk saya dan pasangan perlu memasukkan kesemua soalan didalam data views. Setelah itu kami perlu memasukkan maklumat di column nama( no ID),value, label dan measure.





Setelah selesai, kami perlu memasukkan kesemua jawapan didalam variable views pula. Kesemua jawapan perlu dimasukkan satu persatu mengikut no ID yang telah ditetapkan.Untuk menjadiakn jawapan dalam bentuk graf dan bar chart, kita perlu memilih analyze-> descriptive data : pilih frequencies->masukkan soalan yang hendak ditukar dan pilih Chart.

Contoh Bar Chart yang dihasilkan :




Setelah selesai memasukkan data dan membuat bar chart, kami perlu membuat satu laporan tentang soal selidik yang dijalankan. Jadual dan Bar Chart yang telah terhasil boleh digunakan dalam proses menyediakan laporan.

Monday, 21 November 2011

Minggu 6


Minggu ini amat menyeronokkan bagi saya kerana berpeluang untuk mempelajari tentang  bagaimana untuk menyediakan soalan menggunakan Survey Monkey dan Google Docs. Terlebih dahulu saya telah mengakaji serba sedikit bagaiman untuk menggunakan kemudahan ini berdasarkan links yang telah disediakan oleh Dr. Siti Fatimah.


 Antara links yang telah disediakan oleh Dr. Siti sebagai rujukan :

http://www.statpac.com/surveys/ 
http://www.surveysystem.com/sdesign.htm http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/
                   

Antara links yang diberikan oleh Dr. Siti Fatimah tentang Gogle Docs :


http://teacherlink.ed.usu.edu/tlresources/training2/Google/GoogleForms.pdf
 http://vimeo.com/3087713
 http://www.google.com/google-d-s/tour1.html


Setelah mengetahui tentang cara- cara menggunakan survey monkey dan google docs, kami dikehendaki untuk membuat 10 soalan tentang tajuk masing-masing..Pertama sekali saya dan pasangan membuat soalan tersebut menggunakan survey monkey dan seterusnya google docs..Untuk memasukkan soalan didalam google docs, pertama sekali kami perku mendaftar menggunakan alamat google account..Kemudian kami perlu memilih untuk memasukkan jawapan pelbagai pilihan mengikut kesukaan masing-masing. Setelah siap, saya telah meminta rakan -rakan di facebook untuk menjawab soal selidik tersebut. Saya juga telah mencetak soalan tersebut untuk diedarkan kepada rakan -rakan di sekitar fakulti pendidikan.